Kelas Sanad Hafs (AZS)

“Bersanad Hingga Rasulullah ﷺ – Warisi Bacaan al-Quran dengan Sanad Hafs”

Jadual Fleksibel | Kelas Personal | Syeikh atau Syeikhah Arab | Guru Bersanad | Silibus Sistematik | Sijil Sanad Riwayat Hafs
Mempelajari teori dan praktikal bacaan sanad
Talaqqi bersama Syeikh Arab

Apa Yang Bakal Dapat Dalam Kelas Ini?

Image Description
Nota Pembelajaran Pra-Sanad
Akan dikongsi dalam bentuk gambar/PDF
Image Description
Rakaman Kelas PERCUMA
Mudah buat ulangkaji tidak kira masa
Image Description
Report Prestasi - Pra-Sanad 
Nilai peningkatan setiap minggu
Image Description
Hari dan Masa Pilihan Anda
Personal - 30 minit per sesi
Image Description
Jadual Pembelajaran Dikemaskini
Jadual pembelajaran dikeluarkan setiap awal bulan
Image Description
Sijil Kemahiran & Sijil Sanad al-Quran
Diberi sijil softcopy untuk pra-sanad & sijil sanad hafs secara hardcopy

Bonus Eksklusif Menanti! 

Khas untuk Pelajar Az-Zikr – Daftar Sekarang & Nikmati Bonus Menarik!

Image Description
E-Card "Earn While You Learn" 
Diskaun Yuran Diberikan setiapkali ajak kawan atau ahli keluarga belajar sekali
Image Description
Group Support
Mempunyai Group Khas bersama guru
Image Description
E-Flyer Makhraj & Sifatul Huruf PERCUMA
Rujukan  untuk praktikal bacaan

Pra-Sanad

Sudah Lama Impikan Sanad Bacaan al-Quran hingga ke Rasulullah ﷺ ?

Kini anda berpeluang mendapatkan sanad bacaan Riwayat Hafs bersama Syeikh atau Syeikhah bersanad — dalam suasana pembelajaran yang tersusun dan profesional.

Tapi jangan risau — jika belum bersedia sepenuhnya!

✨ Sebelum memulakan bacaan bersanad, anda akan melalui sesi penilaian bacaan terlebih dahulu.  

✨ Jika belum lepas penilaian, anda akan dibimbing melalui modul pra-sanad selama 1 - 3 bulan, bergantung pada prestasi tahap bacaan anda bersama guru bersanad.

Dalam modul ini, anda akan dibimbing:

     ✔ Teori tajwid & praktikal yang betul
     ✔ Perbezaan bunyi tebal & nipis serta cara perletakan lidah dengan betul
     ✔ Makhraj & sifatul huruf secara mendalam
     ✔ Teknik pembukaan mulut & sebutan yang jelas dan tepat bagi menyempurnakan bunyi harakat
     ✔ Latihan tempo bacaan bersanad yang tepat

📌 Modul disusun rapi dan sistematik — anda hanya perlu ikut dengan konsisten.

Tak perlu pergi jauh ke luar negara. Sanad Al-Quran kini di hujung jari anda.  

Mulakan langkah pertama hari ini, insyaAllah sanad anda bakal menyusul!

Sesi Penilaian PERCUMA

Sanad Riwayat Hafs

Sambung Warisan Bacaan al-Quran Riwayat Hafs - Dari Anda Terus ke Rasulullah ﷺ 

Riwayat Hafs bin Sulaiman bukan sekadar pilihan — ia adalah warisan bacaan al-Quran paling meluas diamalkan oleh umat Islam di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Inilah bacaan yang anda dengar dalam solat, tadarus, tilawah, dan bacaan imam-imam besar.

Kenapa Riwayat Hafs?

    ✔ Disampaikan secara mutawatir, mustahil direka — disampaikan oleh ribuan perawi di setiap generasi. 
    ✔ Tepat, jelas dan indah — sebutan huruf yang kemas, hukum tajwid yang terjaga. 
    ✔ Digunakan dalam mushaf rasmi dan bacaan para imam, qari, dan qariah serata dunia. 
    ✔ Mudah dipelajari dan sesuai dijadikan asas sebelum menyambung ke Qiraat lain.

Kini, anda berpeluang mendapatkan Ijazah Sanad Riwayat Hafs yang bersambung terus kepada Rasulullah ﷺ — dengan bimbingan syeikh arab yang boleh berbahasa melayu, sistem pengajaran tersusun, dan penilaian bacaan secara teliti.

💡 Sebelum mendaki Qiraat, kukuhkan langkah dengan sanad Hafs.  

💎 Ilmu ini bukan untuk semua, tapi jika anda serius — warisan ini menanti untuk disambung.

Jom Daftar hari ini. Mulakan Perjalanan Anda.

Sesi Penilaian PERCUMA

Bukan Sekadar Pandai Membaca — Tapi Diiktiraf dalam Rantaian Sanad Hingga Rasulullah ﷺ

Ijazah Sanad adalah satu pengiktirafan istimewa — bahawa seseorang telah membaca dan memperbetulkan keseluruhan al-Quran di hadapan guru bersanad, dengan tajwid, makhraj, dan sifatul huruf yang tepat.

Ia adalah amanah ilmu yang bersambung daripada Rasulullah ﷺ, yang membuktikan bahawa anda bukan sekadar menghafaz atau membaca, tetapi benar-benar menyambung warisan wahyu.
 
Nama anda akan tersenarai dalam rantaian emas riwayat al-Quran.  
Inilah antara kemuliaan tertinggi dalam dunia ilmu al-Quran.
 
Para ulama silam begitu menekankan kepentingan sanad:
 
🕋 “Menuntut sanad yang bersambung adalah sebahagian daripada agama.”  
— Imam Muslim, dinukilkan oleh Imam Ibnu Mubarak
 
📜 “Sanad adalah satu anugerah untuk umat ini, dan satu sunnah yang dituntut.”  — Ali al-Qari
 
⚔️ “Sanad adalah senjata orang mukmin.”  — Imam Sufyan ath-Thauri
 
“Allah mengkhususkan umat ini dengan tiga perkara yang tidak diberi kepada umat terdahulu: sanad, nasab, dan i’rab.”  — al-Hafiz Abu Bakr al-Asbahani
 
Maka apabila anda menerima ijazah sanad, anda bukan sekadar membawa bacaan yang sahih — anda menyambung rantaian ilmu yang dijaga sejak lebih 1,400 tahun.
 
Sudah tiba masa untuk anda menjadi sebahagian daripada warisan agung ini.

 

Belajar Sanad dari Ahlinya — Bersama Syeikh & Syeikhah Bersanad

 

Ini peluang istimewa untuk menimba ilmu terus daripada Syeikh dan Syeikhah Arab yang mempunyai sanad bacaan al-Quran dan Qiraat yang bersambung kepada Rasulullah ﷺ.

Pelajar akan dibimbing secara talaqqi musyafahah — bukan hanya sekadar belajar teori, tetapi melatih lidah dan sebutan huruf Arab dengan cara yang betul dan sahih, sebagaimana diwariskan oleh para ulama generasi ke generasi.

     ✔ Syeikh Arab fasih berbahasa Melayu — mudah untuk pelajar memahami dengan lebih mendalam  
     ✔ Syeikhah berpengalaman, menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya  
      Pelajar boleh memilih guru lelaki atau perempuan mengikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing

Ini bukan sekadar kelas — tapi satu amanah ilmu yang agung. Apabila sanad itu diiktiraf, maka bacaan anda sah bersambung kepada Rasulullah ﷺ — menyempurnakan rukun bacaan dan membuka pintu keberkatan ilmu.

Rebut peluang ini. Mulakan perjalanan sanad anda hari ini.

office content 1
office content 2

Belajar Konsisten, Pembayaran Fleksibel 

✓ Sistem bayaran paling adil & telus -  Tiada istilah yuran hangus
✓ Bayar hanya ikut jumlah sesi setiap bulan

Pakej Sanad Riwayat Hafs
(Pelajar Malaysia)

💠 Masa kelas anda pilih. Masa fleksibel.
💠 Boleh Pilih Syeikh atau Syeikhah
💠 Mempunyai silibus bagi pra sanad
💠 Semakan bacaan secara berfokus dan berkualiti
💠 5 sesi sebulan - per sesi 30 minit
💠 Guru dan Syeikh yang Mahir dalam bidang al-Quran
💠 Recording tersedia setiap sesi
💠 Kad Prestasi diberikan setiap bulan
💠 PERCUMA e-flyer Makhraj dan Sifatul Huruf
💠 PERCUMA sesi penilaian

Image Description
Image Description

Pakej Sanad Riwayat Hafs
(Pelajar Luar Malaysia)

💠 Masa kelas anda pilih. Masa fleksibel.
💠 Boleh Pilih Syeikh atau Syeikhah
💠 Mempunyai silibus bagi pra sanad
💠 Semakan bacaan secara berfokus dan berkualiti
💠 5 sesi sebulan - per sesi 30 minit
💠 Guru dan Syeikh yang Mahir dalam bidang al-Quran
💠 Recording tersedia setiap sesi
💠 Kad Prestasi diberikan setiap bulan
💠 PERCUMA e-flyer Makhraj dan Sifatul Huruf
💠 PERCUMA sesi penilaian

SANAD QIRAAT

Sanad Qiraat adalah merujuk kepada pelbagai variasi pembacaan al-Quran yang disahkan melalui periwatan para imam Qiraat. Tetapi sanad Qiraat di dalam AZ-Zikir Online adalah merujuk kepada riwayat selain riwayat Imam Hafs. 


Perbezaan dalam bacaan Qiraat adalah merangkumi aspek-aspek seperti tatabahasa arab, intonasi, dan sebutan huruf-huruf tertentu. Perbezaan ini berlaku kerana masyarakat Arab mempunyai lahjah yang berbeza-beza.


Walaupun begitu, Syeikh di dalam AZ-Zikr Online pada masa ini hanya boleh memberi sanad kepada 6 Qiraat sahaja. Antara Qiraat yang boleh diberi kepada para pelajar:

1. Qiraat Imam Ibn Kathir

Imam Ibn Kathir hidup pada zaman Tabi'in dan dilahirkan di Mekah pada tahun 45 Hijrah. Beliau diakui sebagai pakar Qiraat di kota Mekah sehingga kewafatannya.


Dua perawi utama yang meriwayatkan Qiraat dari Imam Ibn Kathir ialah al-Bazzi dan Qunbul. Bacaan Imam Ibn Kathir terkenal dengan kejelasan dan keindahan sebutan kerana memberi penekanan pada makhraj huruf dan tajwid yang betul.

2. Qiraat Imam Ibn Amir 

Nama penuh Imam Abu Amr ialah Abdullah bin Amir al-Yahsubi. Beliau berasal dari Syam dan tinggal di Damaskus. Bacaan Qiraatnya diiktiraf sebagai mutawatir dan sentiasa dipegang oleh pelajarnya di Syam.


Dua Perawi utama yang meriwayatkan Qiraat Abu Amr ialah Hisham dan Ibn Zakwan. 

3. Qiraat Imam al-Kisaie 

Nama penuhnya ialah Abu al-Hasan Ali bin Hamzah al-Kisaie. Beliau terkenal dengan kepakaran al-Quran dan Bahasa Arab sehingga menerbitkan beberapa karya berkaitan bahasa dan Qiraat.


Dua perawi utama yang meriwayatkan Qiraat dari Imam Kisaie ialah ad-Duri dan as-Susi. Bacaan Imam Kisaie sangat dikenali dengan ketelitian dan kepelbagaian dalam sebutan. Salah satu ciri khas Qiraat Imam Kisaie  adalah ia mempunyai kaedah tertentu dalam waqaf dan ibtida' yang berbeza daripada imam Qiraat yang lain.

4. Qiraat Imam Abu Ja'far

Nama penuhnya ialah Abu Ja'far Yazid bin al-Qa'qa'. Beliau mempelajari al-Quran daripada sejumlah sahabat Rasulullah s.a.w yang memberikan beliau kelebihan dari segi sanad yang sahih. Beliau berasal daripada Madinah.


Dua perawi utama yang meriwayatkan Qiraat dari Imam Abu Ja'far ialah Wardan dan Ibn Jammaaz. Bacaan Abu Ja'far sangat dikenali dengan kemampuannya menjaga keaslian bacaan sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Sebab itu, masyarakat Madinah telah menjadikan bacaannya sebagai teladan dalam ilmu Qiraat dan sering digunakan dalam majlis-majlis agama bagi memastikan bacaan yang sahih dan indah.

5. Qiraat Imam Nafi' 

Nama penuhnya Nafi' bin Abdul Rahman bin Abi Nuaim al-Lathi. Beliau dilahirkan di Isfahan kemudian menetap di Madinah. Qiraatnya dikenali sebagai salah satu Qiraat yang mutawatir.


Dua perawi utama yang meriwayatkan Qiraat dari Imam Nafi' ialah Qalun dan Warsy. Bacaan Nafi' mempunyai ciri khas dalam sebutan dan lahjah penduduk Madinah yang selaras dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

6. Qiraat Imam Khalaf al-A'syir

Nama penuhnya ialah Khalaf bin Hisham bin Tha'lab bin Khalaf. Beliau telah berjaya menghafaz keseluruhan al-Quran pada usia 10 tahun. Beliau berasal dari Baghdad.


Dua perawi utama yang meriwayatkan Qiraat dari Imam Khalaf ialah Ishaq dan Idris. Bacaam Imam Khalaf mempunyai gaya bacaan yang unik dan berbeza  daripada imam-imam  yang lain. Qiraat ini juga digunakan dalam madrasah dan pusat pengajian islam di pelbagai negara.


Yuran Sanad Qiraat

Pakej Sanad Qiraat
(Pelajar Malaysia)

KELEBIHAN KELAS:

💠 Masa kelas anda pilih. Masa fleksibel.

💠 Akan belajar bersama Syeikh Arab berbahasa Melayu

💠 Semakan bacaan secara berfokus dan berkualiti

💠 5 sesi sebulan 

💠 Syeikh yang Mahir dalam bidang Qiraat
💠 Recording tersedia setiap sesi
💠 Kad Prestasi diberikan setiap bulan

💠 PERCUMA e-flyer Makhraj dan Sifatul Huruf

💠 PERCUMA sesi penilaian

Image Description
Image Description

Pakej Sanad Qiraat
(Pelajar Luar Malaysia)

KELEBIHAN KELAS:

💠 Masa kelas anda pilih. Masa fleksibel.

💠 Akan belajar bersama Syeikh Arab berbahasa Melayu

💠 Semakan bacaan secara berfokus dan berkualiti

💠 5 sesi sebulan 

💠 Syeikh yang Mahir dalam bidang Qiraat
💠 Recording tersedia setiap sesi
💠 Kad Prestasi diberikan setiap bulan

💠 PERCUMA e-flyer Makhraj dan Sifatul Huruf

💠 PERCUMA sesi penilaian


SANAD MATAN (AZM)

1. Sanad Matan Tuhfatul Atfal

Matan Tuhfatul Atfal adalah rangkap syair yang digunakan untuk mempelajari hukum-hukum tajwid dengan mudah bagi pemula. Syair ini mempunyai 61 rangkap. 


Kaedah Pengajaran:

  1. Syeikh akan membacakan rangkap syair yang bakal dihafaz dan dipelajari, pelajar akan mengikuti bacaan syeikh.
  2. Pelajar akan membaca rangkap dengan sebutan dan tajwid yang betul.
  3. Syeikh akan menerangkan apa yang terkandung di dalam setiap rangkap syair tersebut.
  4. Syeikh akan cek hafazan matan pada sesi kelas seterusnya.


Syarat untuk mendapat sanad matan:

  1. Menghafaz kesemua rangkap syair dengan sebutan huruf yang betul dan tajwid yang betul. (markah: 60%)
  2. Menduduki ujian tajwid Tuhfatul Atfal. (markah: 40%)


Program ini dibuka secara one-to-one dan berkumpulan. One-to-one mengambil masa 3 bulan. Manakala berkumpulan mengambil masa 4 - 6 bulan.

2. Sanad Matan al-Jazariyyah

Matan al-Jazariyyah adalah rangkap syair yang digunakan untuk mempelajari keseluruhan ilmu tajwid al-Quran yang terdiri daripada makhraj huruf,sifat-sifat huruf, tafkhim dan tarqiq, hukum-hukum tajwid dan waqaf ibtida'. Syair ini mempunyai 109 rangkap. 


Kaedah Pengajaran:

  1. Syeikh akan membacakan rangkap syair yang bakal dihafaz dan dipelajari, pelajar akan mengikuti bacaan syeikh.
  2. Pelajar akan membaca rangkap dengan sebutan dan tajwid yang betul.
  3. Syeikh akan menerangkan apa yang terkandung di dalam setiap rangkap syair tersebut.
  4. Syeikh akan cek hafazan matan pada sesi kelas seterusnya.


Syarat untuk mendapat sanad matan:

  1. Menghafaz kesemua rangkap syair dengan sebutan huruf yang betul dan tajwid yang betul. (markah: 60%)
  2. Menduduki ujian ilmu tajwid al-Jazariyyah. (markah: 40%)


Program ini dibuka secara one-to-one dan berkumpulan. One-to-one mengambil masa 6 bulan. Manakala berkumpulan mengambil masa 9 - 12 bulan. Syarat untuk mengambil sanad matan ini hendaklah mempunyai sanad matan tuhfatul atfal terlebih dahulu.

Yuran Sanad Matan

Pakej Sanad Matan 
(Pelajar Malaysia)

KELEBIHAN KELAS:

💠 Masa kelas anda pilih. Masa fleksibel.

💠 Akan belajar bersama Syeikh Arab berbahasa Melayu

💠 Semakan bacaan matan yang berkualiti

💠 4 sesi sebulan selama 1 jam

💠 Syeikh yang Mahir dalam bidang al-Quran & Qiraat
💠 Recording tersedia setiap sesi
💠 Kad Prestasi diberikan setiap bulan

💠 PERCUMA e-flyer Makhraj dan Sifatul Huruf

💠 PERCUMA sesi percubaan

Image Description
Image Description

Pakej Sanad Matan 
(Pelajar Luar Malaysia)

KELEBIHAN KELAS:

💠 Masa kelas anda pilih. Masa fleksibel.

💠 Akan belajar bersama Syeikh Arab berbahasa Melayu

💠 Semakan bacaan matan yang berkualiti

💠 4 sesi sebulan selama 1 jam

💠 Syeikh yang Mahir dalam bidang al-Quran & Qiraat
💠 Recording tersedia setiap sesi
💠 Kad Prestasi diberikan setiap bulan

💠 PERCUMA e-flyer Makhraj dan Sifatul Huruf

💠 PERCUMA sesi percubaan

Dari Mula hingga Bacaan Bertajwid
Tahsin Bacaan (Advance)