Mengenai Kami

AZ-Zikr Online Academy ialah sebuah platform pembelajaran agama yang memfokuskan kepada pengajian al-Quran secara menyeluruh—daripada asas bacaan, tajwid, hafazan, sehinggalah ke peringkat tertinggi iaitu sanad. Melalui sistem pembelajaran online yang fleksibel, tersusun dan berpandukan silibus khas yang dibina secara teliti bagi setiap program, kami membimbing pelajar menguasai bacaan al-Quran langkah demi langkah bersama barisan guru bersanad.

Kami turut menyediakan coaching hafazan harian yang membantu pelajar menghafaz secara konsisten tanpa mudah lupa, serta platform pengambilan sanad 10 Qiraat dan sanad matan tajwid melalui bimbingan para syeikh Arab yang fasih berbahasa Melayu.

Seluruh pembelajaran di AZ-Zikr direka agar mudah diikuti oleh semua peringkat—walaupun bermula dari asas—dengan pendekatan yang terancang, progresif dan dipantau secara berterusan bagi memastikan setiap pelajar benar-benar memahami dan berkembang.

Matlamat kami adalah memudahkan setiap pelajar mendekatkan diri kepada al-Quran dengan cara yang yakin, teratur dan penuh keberkatan.

Landasan Yang Membentuk Perjalanan Pembelajaran AZ-Zikr Online
VISI

Menjadi antara Pusat Pendidikan Al-Quran yang terulung

MISI
  1. Menggubal kurikulum dan silibus AZ-Zikr yang efektif dan efisien. 
  2. Menjadikan AZ-Zikr sebagai kesinambungan usaha dakwah Rasulullah s.a.w 
  3. Melahirkan tenaga pengajar 3B (Berkualiti, Beretika, dan Berdedikasi)
  4. Melahirkan pelajar 5M (Membaca, Memahami, Mencintai, Menghafaz, dan Mengajar) 
OBJEKTIF
  1. AZ-Zikr menjadi rujukan utama dalam penyebaran, pembelajaran, pengajaran dan pemahaman hikmah al-Quran.
  2. AZ-Zikr membentuk masyarakat yang menjadikan ajaran al-Quran sebagai panduan dalam setiap aspek kehidupan.
  3. AZ-Zikr menunjukkan bahawa al-Quran sebagai mukjizat yang terpelihara serta mengetahui maklumat yang disampaikan oleh Allah s.w.t kepada kita.
Nama Yang Menyatukan Visi & Misi Kami..

Nama AZ-Zikr dipilih sempena salah satu nama lain bagi al-Quran, iaitu 'al-Dzikr' yang bermaksud "peringatan". emilihan nama ini berpandukan firman Allah s.w.t.: 

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا ٱلذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَـٰفِظُون


Maksudnya: 
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan pasti Kamilah yang memelihara dan menjaganya"

(Surah al-Hijr: 9)

Bersandarkan makna yang agung ini, AZ-Zikr membawa misi untuk menghidupkan peringatan al-Quran dalam diri pelajar. Maka, bagi mencapai tujuan tersebut, kami turut menyelitkan tadabbur ringkas sebelum memulakan setiap sesi pembelajaran, agar pelajar dapat memahami isi kandungan al-Quran dengan lebih dekat, tersentuh dan bermakna.

 

Image Description
Image Description
Nilai-Nilai Yang Mewarnai Cara Kami Mengajar

Di AZ-Zikr, setiap sesi pembelajaran dibina atas nilai yang kukuh. Nilai-nilai inilah yang membentuk cara kami mengajar, membimbing dan memimpin setiap pelajar menuju kefahaman al-Quran:

Keikhlasan – menyampaikan ilmu al-Quran dengan niat yang bersih dan tujuan yang jelas.
Ketelitian – memastikan setiap huruf, makhraj dan hukum dipelajari dengan tepat dan teratur.
Kesabaran – meraikan pelajar dari pelbagai peringkat kemampuan tanpa tekanan atau beban.
Amanah & Bersanad – menyampaikan ilmu melalui sanad yang sahih, terjaga dan dipercayai.
Sistematik – menyediakan modul yang tersusun, terancang dan mudah diikuti langkah demi langkah.

Apa Yang Menjadikan AZ-Zikr Online Berbeza

Menghidupkan Tradisi Ilmu Dengan Kaedah Pembelajaran Masa Kini.
Guru Bersanad
Setiap guru dipilih melalui proses tapisan yang teliti serta mempunyai kepakaran dalam tajwid, hafazan, qiraat atau bahasa Arab. Ilmu disampaikan dengan amanah melalui sanad yang sahih.
Modul Pembelajaran Tersusun & Sistematik

Modul direka supaya pelajar berkembang langkah demi langkah, tanpa rasa hilang arah. Setiap bahagian dibina untuk memudahkan pemahaman dan memantapkan praktikalnya.

Pembelajaran Yang Fleksibel
Pelajar bebas memilih masa, pakej dan tempo pembelajaran mengikut kesesuaian jadual harian—lebih mudah untuk mereka yang bekerja atau mempunyai komitmen lain.
Pemantauan Kemajuan Secara Konsisten

Bacaan diperbetulkan secara berterusan oleh guru sehingga pelajar mencapai tahap yakin dan mantap. Setiap perkembangan dicatat dan dibimbing.

Platform Online Mesra Pengguna

Pembelajaran lebih mudah — hanya perlu peranti dan internet. Akses kelas, bahan dan bimbingan bila-bila masa dengan pengalaman yang lancar.

Rakaman Pembelajaran Disediakan

Setiap sesi pembelajaran direkodkan dan boleh ditonton semula. Pelajar boleh mengulang pelajaran pada bila-bila masa, mengulangkaji topik sukar, dan belajar pada tempo yang selesa — tanpa bimbang tertinggal.

Untuk Siapa AZ-Zikr Online Dibuka?

Siapa pun anda — ibu bapa yang mahukan pembelajaran berkualiti untuk anak, pekerja yang sibuk tetapi tetap ingin memperbaiki bacaan, atau individu yang mahu kembali belajar al-Quran dari asas — AZ-Zikr Online sentiasa terbuka untuk anda. Kami menerima pelajar daripada semua peringkat umur dan tahap kemampuan, sama ada kanak-kanak, remaja mahupun dewasa.

Di AZ-Zikr, kami memahami bahawa setiap pelajar mempunyai latar belakang, kekangan masa dan gaya belajar yang berbeza. Sebab itu, kami menyediakan pilihan kelas persendirian bagi mereka yang mahukan perhatian penuh serta kelas berkumpulan untuk suasana pembelajaran yang lebih interaktif dan bermotivasi.

Sama ada anda bermula dari huruf pertama, memperkemaskan tajwid, atau ingin mengukuhkan hafazan, pembelajaran kami disokong oleh guru bersanad, modul sistematik dan rakaman sesi yang boleh ditonton semula. Semua ini dirancang untuk membantu anda belajar dengan yakin, mengikut tempo sendiri tanpa rasa segan atau tertekan.

office content 1
office content 2