Akademi Al-Quran Dalam Talian

Mengutip Permata Al-Quran, Membuka Kunci Keberkatan, Meraih Kedamaian Dalam Kehidupan

Jom menggali kekayaan ilmu Al-Quran bersama AZ-Zikr Online β€” belajar dari asas hingga bersanad, bersama asatizah bertauliah, dengan jadual yang fleksibel.

Pilih kelas yang anda minati β€” terus daftar:

Satu-Satunya Program Yang Direka Khas Untuk Bawa Anda Dari Kosong Hingga Celik Al-Quran

Dengan sistem yang teratur & bertahap. πŸŽ₯ Kelas beserta rakaman  Β·  πŸ‘₯ Bimbingan one-to-one atau berkumpulan.

Daripada Abu Umamah RA, Rasulullah ο·Ί bersabda:

Ψ§Ω‚Ω’Ψ±ΩŽΨ‘ΩΩˆΨ§ Ψ§Ω„Ω’Ω‚ΩΨ±Ω’Ψ’Ω†ΩŽ فَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ω‡Ω ΩŠΩŽΨ£Ω’Ψͺِى ΩŠΩŽΩˆΩ’Ω…ΩŽ Ψ§Ω„Ω’Ω‚ΩΩŠΩŽΨ§Ω…ΩŽΨ©Ω Ψ΄ΩŽΩΩΩŠΨΉΩ‹Ψ§ Ω„Ψ£ΩŽΨ΅Ω’Ψ­ΩŽΨ§Ψ¨ΩΩ‡Ω

"Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya."[Riwayat Muslim (804)]

Guru terlatih AZ-Zikr Online
Kelebihan AZ-Zikr Online
Kelebihan AZ-Zikr Online
Kelebihan AZ-Zikr Online

Ini Yang Menjadikan Kami Berbeza β€” Dan Anda Akan Nampak Hasilnya!

πŸ“š

Modul Tersusun & Sistematik

Silibus digubal khas mengikut tahap pelajar supaya anda belajar secara fokus dan meningkat dengan konsisten. Jadual fleksibel mengikut kesesuaian anda.

πŸ“ˆ

Pemantauan Kemajuan Mingguan

Setiap sesi anda menerima rekod prestasi yang membantu menilai kemahiran supaya dapat menambah baik dari semasa ke semasa.

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦

Sesuai Untuk Semua Umur & Tahap

Kanak-kanak, remaja, dewasa atau warga emas β€” semuanya boleh mengikuti program mengikut kemampuan masing-masing.

πŸ’š

Tadabbur Menghidupkan Hati

Pelajaran Al-Quran diselitkan dengan tadabbur ringkas untuk menambah rasa cinta terhadap Al-Quran dan memahaminya untuk diamalkan dalam kehidupan.

Kenapa Pelajar Memilih Kami? Ini Jawapannya…

1 Β· Pembelajaran Mudah & Fleksibel
Kelas percubaan percuma

Kelas Percubaan Percuma

Mulakan tanpa risiko β€” cuba sesi pengenalan untuk menilai tahap, gaya pengajaran dan keselesaan anda sebelum mendaftar.

E-Flyer Makhraj percuma

E-Flyer Makhraj & Sifatul Huruf Percuma

Dapatkan panduan lengkap yang membantu anda memahami asas bacaan dengan lebih tepat dan teratur.

Masa & hari fleksibel

Masa & Hari Fleksibel

Belajar mengikut jadual anda sendiri. Pilih slot pagi, petang atau malam tanpa mengganggu komitmen kerja & keluarga.

2 Β· Metodologi Terbukti Berkesan
Latihan pengukuhan

Latihan Pengukuhan Berterusan

Setiap pelajar dibekalkan latihan khusus untuk mempercepatkan kelancaran, memperbaiki bacaan dan membina keyakinan.

Fokus kemahiran individu

Fokus Kepada Kemahiran Individu

Guru menilai tahap anda satu persatu dan membimbing secara peribadi. Anda dinilai untuk berpindah ke peringkat seterusnya sehingga mencapai bacaan yang betul dan mantap.

Doa & keberkatan ilmu

Doa & Keberkatan Ilmu

Setiap kelas dimulakan dengan doa Nabi Musa a.s dan doa belajar bersama Malaikat Jibril a.s serta tadabbur ringkas β€” meningkatkan spiritual diri.

Mulakan Kelas Yang Sesuai Dengan Matlamat Anda

Setiap pelajar bermula di titik berbeza β€” kami bimbing anda langkah demi langkah hingga yakin, lancar dan konsisten.

Kelas Al-Quran & Tadabbur

Kelas Al-Quran & Tadabbur

Menambah baik bacaan Al-Quran dari zero ke peringkat tinggi secara berperingkat dan memperoleh sijil kemahiran Al-Quran.

Ketahui Lanjut β†’
Kelas Sanad Riwayat Hafs

Kelas Sanad Riwayat Hafs

Tahsin bacaan bersama Syeikh atau Syeikhah Arab setelah mencukupi syarat, serta memperoleh sijil sanad bacaan Hafs.

Ketahui Lanjut β†’
Kelas Sanad Qiraat

Kelas Sanad Qiraat

Pelajari usul Qiraat dan tahsin bacaan Qiraat bersama Syeikh Arab boleh berbahasa Melayu serta memperoleh sijil sanad Qiraat.

Ketahui Lanjut β†’
Kelas Sanad Matan Tajwid

Kelas Sanad Matan Tajwid

Pelajari Matn Tuhfatul Atfal atau Matn Al-Jazariyyah bersama Syeikh Arab boleh berbahasa Melayu serta memperoleh sijil sanad Matn.

Ketahui Lanjut β†’
Kelas Hafazan

Kelas Hafazan

Bimbingan hafazan harian dan live mingguan mengikut pakej pilihan, serta memperoleh sijil dan hadiah bagi setiap program.

Ketahui Lanjut β†’
Kelas Bahasa Arab

Kelas Bahasa Arab

Bimbingan komunikasi Bahasa Arab Fushah secara sistematik bersama rakan dan memperoleh sijil setiap tahap.

Ketahui Lanjut β†’

Bagaimana Sistem Pendaftaran Berjalan?

Tak perlu risau β€” ikuti langkah ringkas dan anda terus bersedia untuk mula belajar.

1

Pilih Pakej Kelas

Pilih pakej pembelajaran yang paling sesuai dengan jadual, tahap kemahiran, dan objektif anda.

2

Daftar Kelas Percubaan

Daftar untuk kelas percubaan percuma dan rasai pengalaman pembelajaran interaktif kami.

3

Dijemput ke Group Admin

Group admin untuk panduan, bantuan, dan maklumat lanjut sepanjang perjalanan anda.

4

Assign Guru

Sistem kami menugaskan guru yang sesuai untuk membimbing dan memantau berdasarkan masa & hari anda.

5

Dijemput Masuk Group Telegram

Anda dijemput ke group Telegram eksklusif untuk berinteraksi dengan guru dan menjalankan kelas.

6

Ikuti Kelas & Latihan Mingguan

Guru menilai kemajuan anda secara berterusan sehingga anda bersedia melangkah ke peringkat seterusnya.

Pengalaman Mereka, Inspirasi Anda

Apa yang mereka pelajari, dan bagaimana ia mengubah perjalanan mereka.

Barisan Asatizah Kami

Mari mengenali asatizah kami yang terlatih, berilmu dan berdedikasi membimbing anda.

Soalan Lazim Kelas AZ-Zikr Online

Semua soalan berkaitan kelas dijawab di sini.

Pilih pakej yang sesuai, daftar kelas percubaan percuma, dan sistem kami akan menugaskan guru serta memberikan akses ke group pembelajaran.
Ya! Semua pelajar baru boleh mencuba kelas percubaan secara percuma sebelum membuat keputusan untuk teruskan pakej penuh.
Belajar dahulu, bayar kemudian. Due pembayaran adalah setiap akhir bulan. Jika tidak hadir dan tidak menggantikan kelas dalam masa sebulan, yuran yang sudah dibayar akan dibawa ke hadapan, atau anda boleh membayar ikut sesi yang dijalankan sahaja.
Ya, semua kelas di AZ-Zikr Online dijalankan secara dalam talian (online) sahaja. Anda boleh belajar di mana sahaja anda berada dengan masa serta hari yang dipilih sendiri.