AL-QURAN ADALAH UNTUK KITA

Al-Quran adalah untuk kita
Cuba perhatikan ayat pertama Surah al-Ikhlas:
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ
Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa"
Walaupun dikala ayat ini diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, tetapi ia juga adalah untuk kita. Maka sepatutnya kita perlu memahami ayat ini dengan:
"Katakanlah (wahai Zati)" atau "Katakanlah (wahai Ahmad)"
"Katakanlah (wahai -nama anda-)"
"Katakanlah bahawa Dialah Allah Yang Maha Esa"
Kerna al-Quran ini bukan hanya diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w semata, tetapi ia juga diturunkan kepada kita. Al-Quran adalah surat Allah untuk kita,
Perbezaan membaca surat orang punya dan kita punya sendiri
Terdapat perbezaan perasaan ketika kita membaca orang punya surat dengan kita punya sendiri. Contohnya, jika kita membca surat cinta.
"Yang dikasihi dan yang dicintai adinda di sana, semoga dalam keadaan sihat. Senyumlah selalu, semoga hati kekanda gembira. Bila kita dapat berjumpa? Rasa rindu tidak terkira. Kalau adinda menyayangi kekanda, tunggulah buat setahun dua ini. Pasti kita akan berkumpul bersama lagi"
Pastilah si empunya surat ini berbunga-bunga. Apa pun rintangan akan tetap menunggu kekandanya walaupun melebihi setahun dua..
Perasaan seperti ini tidak akan wujud dalam hati jika surat itu kawannya punya. Tidak perlu menunggu, tidak terasa bangga, tidak terasa dikasihi, dirindui bahkan hati pun tidak berbunga.
Begitu jugalah al-Quran. Jika kita merasai ia diturunkan hanya kepada Nabi Muhammad s.a.w, payahlah kita nak merasai apa-apa. Kita akan acuh tidak acuh sahaja setiap kata-kata-Nya. Melainkan jika kita beranggapan al-Quran itu diturunkan untuk kita.
Allah s.w.t berkata-kata dengan kita..
Allah menasihati kita...
Allah memujuk kita...
Allah menunjuk kita jalan yang terbaik untuk kita ikuti..
Jika kita dapat merasakan itu, pasti kita akan merasa hubungan kita dengan Allah bukanlah yang biasa-biasa.
Kita akan merasai Allah menyayangi kita.. memelihara kita... penyelamat... Pemberi rezeki..
Allah la yang melebihi segala-galanya. Kita dengan senang hati menuruti segala kata-kataNya.
Hadis Surah al-Fatihah
Adakah anda tahu apabila membaca surah al-Fatihah, sebenarnya Allah sedang berinteraksi dengan kita secara 'direct'? Setiap kali kita membaca 1 ayat, Allah akan membalasnya.
Perkara ini telah direkodkan di dalam Riwayat Hadith Sahih Muslim:
".....apabila hamba itu berkata:
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Allah menjawab: ''Hambaku memuji akan daku."
Apabila hamba itu berkata:
ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Allah menjawab: "Hambaku memberi sanjugan kepada-Ku"
Apabila hamba itu berkata:
مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ
Allah menjawab: "Hambaku telah mengagungkan aku. Hamba-Ku telah menyerahkan diri kepada-Ku"
Apabila hamba itu berkata:
إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ
Allah menjawab: " Ini di antara hambaku dengan-Ku. Untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkannya kepada-Ku".
Apabila hamba itu berkata:
ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ . صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ
Allah menjawab: "ini untuk hambaku, untuk hambaku, apa sahaja yang dipohonkannya kepadaku"
Itulah rahsia surah al-Fatihah di dalam solat. Ia adalah dialog antara kita dan Allah s.w.t yang mana ia sesuai dengan pengertian solat yang bermakna doa (permohonan).
Begitu juga ayat-ayat yang mempunyai simbol sajadah, kita diminta untuk berinteraksi dengan sujud kepada Allah s.w.t. Jadi perlu ada penghayatan dan kefahaman dalam bacaan al-Quran agar ia masuk ke dalam hati dan terkesan dalam hati.
Bagaimana nak tahu ayat-ayat dalam al-Quran itu untuk kita?
Antara caranya adalah kita kena faham 'dhomir' (kata ganti nama). Dalam bahasa arab mempunyai tiga kata ganti nama:
Kata ganti diri pertama: saya , kami
"Ana, Nahnu" (أنا , نحن)
Kata ganti diri kedua: kamu
"ka, kuma, kum atau ki, kuma, kunna" ( كَ، كُما، كم \ كِ، كما، كنّ)
Kata ganti diri ketiga: dia
"huwa, huma, hum atau hiya, huma hunna" (هو، هما، هم \ هي، هما، هن)
Jadinya bila disebut "ka" atau kamu dalam al-Quran sebenarnya dituju untuk siapa?
Jawapannya ada tiga:
1. Khusus untuk Allah
2. Khusus untuk Nabi Muhammad s.a.w (tidak banyak sangat dalam al-Quran)
3. Ditujukan kepada kita semua. Ini adalah majoriti dalam al-Quran.
Kesimpulannya, bacalah al-Quran untuk mengetahui isi kandungannya dan mengamalkannya.. kemudian sampaikanlah kepada yang lain sepertimana perjuangan Rasulullah s.a.w memyampaikan ayat-ayatNya. Rasailah ia!
"Tips berinteraksi dengan al-Quran"
