Mengutip Permata Al-Quran Membuka kunci Keberkatan

Meraih Kedamaian Dalam Kehidupan

Jom Menggali Kekayaan Ilmu Al-Quran Bersama Az Zikr Online

Image Description
Image Description
Image Description

Satu-Satunya Program Yang Direka Khas Untuk Bawa Anda Dari Kosong Hingga Celik al-Quran Dengan Sistem Yang Teratur & Bertahap

🎥 Kelas beserta rakaman  

   👥 Bimbingan khas secara one-to-one atau berkumpulan

Ini Yang Menjadikan Kami Berbeza, Dan Anda Akan Nampak Hasilnya!

Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

 اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ

“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”. 

[Riwayat Muslim (804)] 


Modul Pembelajaran Tersusun & Sistematik

Silibus digubal khas mengikut tahap para pelajar supaya anda belajar secara fokus dan meningkat dengan konsisten.

Sesuai Untuk Semua Umur & Tahap

Kanak-kanak, remaja, dewasa atau warga emas — semuanya boleh mengikuti program mengikut kemampuan masing-masing

Pemantauan Kemajuan Setiap Minggu

Setiap sesi anda akan menerima rekod prestasi yang membantu menilai kemahiran anda supaya dapat menambahbaik dari semasa ke semasa.

Tadabbur dan  Perkongsian Ilmu Yang Menghidupkan Hati

Pelajaran al-Quran diselitkan dengan tadabbur ringkas untuk menambah rasa cinta terhadap al-Quran dan memahaminya bagi mengamalkan dalam kehidupan.

Kenapa Pelajar Memilih Kami? Ini Jawapannya…

1️⃣ Pembelajaran Yang Mudah dan Fleksibel

Image Description

Kelas Percubaan Percuma

Mulakan tanpa risiko — cuba sesi pengenalan untuk menilai tahap, gaya pengajaran dan keselesaan anda sebelum mendaftar

Image Description
E-Flyer Makhraj & Sifatul Huruf Percuma

Dapatkan panduan lengkap yang membantu anda memahami asas bacaan dengan lebih tepat dan teratur.

Image Description
Masa & Hari Fleksibel

Belajar mengikut jadual anda sendiri. Pilih slot pagi, petang atau malam tanpa mengganggu komitmen kerja & keluarga.

2️⃣ Metodologi Pembelajaran Terbukti Berkesan 

Image Description

Latihan Pengukuhan Berterusan

Setiap pelajar dibekalkan latihan khusus untuk mempercepatkan kelancaran, memperbaiki bacaan dan membina keyakinan.

Image Description
Fokus Kepada Kemahiran Individu

Guru menilai tahap anda satu persatu dan membimbing secara peribadi sehingga anda benar-benar menguasai. 

Tiada istilah “belajar separuh jalan”—anda dinilai bagi berpindah ke peringkat seterusnya sehingga mencapai standard bacaan yang betul dan mantap.

Image Description
Doa & Keberkatan Ilmu

Setiap kelas dimulakan dengan doa Nabi Musa a.s dan doa belajar Nabi Muhammad s.a.w bersama Malaikat Jibril a.s  serta tadabbur ringkas, menjadikan pembelajaran bukan hanya sekadar kelas tetapi meningkatkan spiritual diri.

Mulakan Kelas Yang Sesuai Dengan Matlamat Anda — Dan Capai Kemajuan Yang Anda Inginkan
Setiap pelajar bermula di titik berbeza — kami bimbing anda langkah demi langkah hingga yakin, lancar dan konsisten.
Image Description

Kelas al-Quran & Tadabbur

Menambah baik bacaan al-Quran daripada zero ke peringkat yang tinggi secara berperingkat dan mendapat sijil kemahiran al-Quran.

Image Description
Kelas Sanad Riwayat Hafs

Tahsin Bacaan bersama Syeikh atau Syeikhah Arab setelah mencukupi syarat bacaan sanad dan mendapat sijil sanad bacaan Hafs.

Image Description
Kelas Sanad Qiraat

Pelajari usul Qiraat dan tahsin bacaan Qiraat bersama syeikh Arab boleh berbahasa Melayu serta mendapat sijil sanad Qiraat.

Image Description
Kelas Sanad Matn Tajwid

Pelajari tajwid Matn Tuhfatul Atfal atau Matn al-Jazariyyah bersama Syeikh Arab boleh berbahasa Melayu serta mendapat sijil sanad Matn.

Image Description
Kelas Hafazan

Bimbingan Hafazan secara harian dan live mingguan mengikut pakej yang dipilih  dan mendapat sijil serta hadiah bagi setiap program.

Image Description
Kelas Bahasa Arab

Bimbingan Komunikasi dalam Bahasa Arab Fushah secara sistematik bersama rakan dan mendapat sijil setiap tahap.

Bagaimana Sistem Pendaftaran Berjalan?

Tak perlu risau—ikuti langkah ringkas dan anda terus bersedia untuk mula belajar.

Pilih Pakej Kelas
Pilih pakej pembelajaran yang paling sesuai dengan jadual, tahap kemahiran, dan objektif anda.
Daftar Kelas Percubaan
Daftar untuk kelas percubaan percuma dan rasai pengalaman pembelajaran interaktif kami.
Dijemput ke Group Admin
Group admin untuk panduan, bantuan, dan maklumat lanjut 
Assign Guru
Sistem kami akan menugaskan guru yang sesuai untuk membimbing dan memantau perjalanan pembelajaran anda berdasarkan masa & hari anda
Dijemput Masuk Group Telegram
Anda akan dijemput ke group Telegram eksklusif untuk berinteraksi dengan guru dan menjalankan kelas
Ikuti Kelas & Latihan Mingguan

Guru akan menilai kemajuan anda secara berterusan sehingga anda bersedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Pengalaman Mereka, Inspirasi Anda
Apa yang mereka pelajari, dan bagaimana ia mengubah perjalanan mereka

Seronok saya belajar dengan Ustazah. Walaupun hanya setengah jam tapi dapat semua. Ngaji, tadabbur, tajwid. Dulu selalu fail pecahan makhraj huruf. Asyik lupa tapi tadi belajar rasa senang je nak ingat. Alhamdulillah 😍

Image Description

Pn. Aisyah

Tashih Tilawah

Alhamdulillah, dah lama saya nak menghafaz. Dengan adanya sistem hafazan daripada AZ-Zikr untuk push saya menghafaz al-Quran dan buat saya sentiasa bersemangat untuk menghafaz al-Quran walaupun umur sudah tua!

Image Description

Dr. Norherah

Hafazan Surah Pilihan
Saya suka silibus pdf yang disediakan, mudah diikut. Lebih fokus belajar satu-satu daripada belajar semua tajwid sekaligus.
Image Description
Aimi Zafirah
Tashih Tilawah

"Alhamdulillah, kelas tiada masalah dan banyak membantu saya. Sesuai dengan saya yang sibuk sebab guru dan jadual yang sangat flexible".

Image Description
Dr. Farhan
Sanad Ibn Kathir
Barisan Asatizah Kami
Mari Mengenali Asatizah Kami Yang Terlatih, Berilmu dan Berdedikasi Membimbing Anda
Image Description
Image Description
Image Description

FAQ

Soalan Lazim Kelas AZ-Zikr Online

Semua soalan berkaitan kelas dijawab di sini 

Bagaimana cara mendaftar kelas?

Pilih pakej yang sesuai, daftar kelas percubaan percuma, dan sistem kami akan menugaskan guru serta memberikan akses ke group pembelajaran.

Adakah terdapat kelas percubaan percuma?

Ya! Semua pelajar baru boleh mencuba kelas percubaan secara percuma sebelum membuat keputusan untuk teruskan pakej penuh.

Bagaimana sistem pembayaran yuran ?

Belajar dahulu, bayar kemudian. Due pembayaran adalah setiap akhir bulan. Jika tidak hadir dan tidak menggantikan kelas dalam masa sebulan, maka yuran yang sudah dibayar akan dibawa ke hadapan atau boleh membayar ikut sesi yang dijalankan sahaja.. 

Adakah kelas-kelas diadakan secara atas talian sepenuhnya?

Ya, semua kelas di AZ-Zikr Online dijalankan secara dalam talian (online) sahaja. Oleh itu, kesemua pelajar dapat mempelajari walau di mana mereka berada dengan masa serta hari yang dipilih sendiri.