Kelas Al-Quran (AZQ)

Kami bantu anda dari tahap kenal huruf hingga mahir baca Al-Quran secara berperingkat — tak kisah usia, tak kisah tahap.

Apa Yang Bakal Anda Dapat Dalam Kelas Ini?

Kelebihan kelas Al-Quran
Kelebihan kelas Al-Quran
Pilihan kelas peribadi atau berkumpulan
Kelebihan kelas Al-Quran
Kelebihan kelas Al-Quran
Sijil kemahiran Al-Quran

Bonus Eksklusif Menanti Pelajar Baharu

E-Card Diskaun
Bonus eksklusif AZ-Zikr
Bonus eksklusif AZ-Zikr
Tashih Tilawah

Nak Baca Al-Quran Dengan Betul & Yakin?

Ramai yang boleh membaca, tapi tak pasti betul atau tidak. Salah sebutan, salah panjang pendek — boleh ubah makna ayat!

Kini anda boleh belajar Tashih Tilawah dengan bimbingan guru bersanad, dalam kelas yang tersusun dan bertahap — dari asas hingga mahir, lengkap dengan teori dan praktikal tajwid.

📚 Dalam 3 hingga 6 bulan, anda boleh kuasai bacaan yang tepat — dengan syarat anda konsisten hadir kelas.

🎁 Nak tahu tahap bacaan anda sekarang? Kami sediakan Sesi Percubaan PERCUMA khas untuk anda!

Bukan Sekadar Belajar, Tapi Kuasai!

Ketahui kemahiran-kemahiran yang bakal anda miliki selepas sertai kelas ini.

Level 1

Level 1: Kuasai baca 1 kalimah dalam satu nafas.

Apa yang akan anda belajar?

  • Kenal huruf-huruf hijaiyyah dengan cara yang mudah
  • Belajar baris asas satu per satu
  • Faham huruf-huruf panjang (Madd) dan cara bacaannya
  • Latih diri baca satu kalimah dalam satu nafas dengan yakin
Level 2

Level 2: Kuasai baca ayat dalam satu nafas.

Apa yang akan anda belajar?

  • Latih diri baca 2–3 kalimah dalam satu nafas dengan yakin
  • Kenal & faham simbol-simbol penting dalam ayat
  • Lancar baca ayat yang ada sukun dan tasydid
  • Belajar cara berhenti dengan betul di akhir ayat
Level 3

Level 3: Kuasai Al-Quran tanpa kesalahan besar.

Apa yang akan anda belajar?

  • Belajar cara potong ayat panjang supaya lebih mudah dibaca
  • Kenal kesalahan besar dalam bacaan & kesannya
  • Kenal makhraj huruf supaya sebutan jadi lebih tepat
  • Faham simbol-simbol terkini dalam mushaf Al-Quran
Level 4

Level 4: Kuasai Al-Quran dengan bertajwid.

Apa yang akan anda belajar?

  • Tempo dan kadar Mad — bezakan 2, 4 & 6 harakat dengan betul
  • Tempo dan kadar Ghunnah dengan betul — bukan sekadar guna hidung
  • Praktikal idgham dan ikhfa' supaya bacaan lebih sempurna
  • Teknik Qalqalah dengan betul dan tidak melantun pada huruf sukun

Belajar Konsisten, Pembayaran Fleksibel

✓ Sistem bayaran paling adil & telus — tiada istilah yuran hangus  ·  ✓ Bayar hanya ikut jumlah sesi setiap bulan.

Pakej & Harga Tashih Tilawah — Malaysia
  • Hari & waktu kelas anda pilih
  • Silibus yang sistematik
  • Semakan bacaan berfokus & berkualiti
  • Guru mahir dalam bidang Al-Quran
  • Rakaman kelas disediakan
  • Kad prestasi setiap sesi
  • PERCUMA e-flyer Makhraj & Sifatul Huruf
  • PERCUMA sesi tadabbur & perkongsian ilmu
Pakej & Harga Tashih Tilawah — Antarabangsa
  • Hari & waktu kelas anda pilih
  • Silibus yang sistematik
  • Semakan bacaan berfokus & berkualiti
  • Guru mahir dalam bidang Al-Quran
  • Rakaman kelas disediakan
  • Kad prestasi setiap sesi
  • PERCUMA e-flyer Makhraj & Sifatul Huruf
  • PERCUMA sesi tadabbur & perkongsian ilmu
Itqan Tilawah

Dah Belajar Tajwid Tapi Masih Rasa Bacaan Tak Sempurna?

Impikan nak baca Al-Quran seindah seperti ia diturunkan kepada Rasulullah ﷺ? Kini anda boleh tahsin bacaan dengan lebih mantap melalui Program Itqan Tilawah — dibimbing oleh guru bersanad, dalam kelas yang tersusun dan terarah.

  • Baca dengan lebih yakin
  • Perbaiki sebutan & tempo
  • Kuasai tajwid secara konsisten

🎁 Tak pasti tahap bacaan anda? Kami sediakan Sesi Percubaan PERCUMA untuk anda nilai sendiri kemampuan anda!

Bukan Sekadar Belajar, Tapi Kuasai

Level 5

Level 5: Kuasai bunyi tebal/nipis, sifatul huruf & an-nabr.

Apa yang akan anda belajar?

  • Beza bunyi tebal dan nipis dengan lebih jelas
  • Praktikal Sifatul Huruf — bagi tepat bunyi makhraj huruf
  • Sempurnakan harakat dengan bukaan mulut yang betul
  • Pelajari an-Nabr — seni tekanan suara dalam bacaan
Level 6

Level 6: Kuasai bacaan Al-Quran secara menyeluruh.

Apa yang akan anda belajar?

  • Jaga hukum tajwid secara konsisten sepanjang bacaan
  • Jaga kesempurnaan harakat dengan bukaan mulut yang betul secara konsisten
  • Kekalkan tempo bacaan yang tenang & stabil secara konsisten
  • Kukuhkan sebutan huruf dengan makhraj & sifatul huruf yang tepat secara konsisten

Pakej & Harga — Itqan Tilawah

✓ Sistem bayaran paling adil & telus — tiada istilah yuran hangus  ·  ✓ Bayar hanya ikut jumlah sesi setiap bulan.

Mula Kelas Percubaan Percuma Anda Hari Ini

Nilai tahap bacaan anda tanpa risiko dan mula perjalanan memperindah bacaan Al-Quran.